
Sewaktu kecil, ayah selalu bawa kami balik ke kampung. Memang seronok, bila dengar nak balik kampung. Lagi-lagi lah saya ni tinggal di bandar. Asyik terkurung dalam rumah, tak pun pergi main di padang atau taman. Tak banyak benda best yang boleh dibuat. Yela, semua keliling bangunan batu.
Tapi saya bukan nak cerita tentang balik kampung. Cuma teringat, sewaktu pergi meredah belukar semak samun belakang rumah Atok di Muar, pernah sekali itu, ternampak burung Hud Hud. Betul ke tu burung Hud Hud? Taktau la saya betul atau tidak nama burung itu Hud Hud. Ada yang kata Belatuk, ada juga yang kata Kingfisher . Takpe tentang itu, kita boleh buat kajian lain.
Bila sebut Hud Hud, teringat kisah dalam Al-Quran. Surah An-Naml. Ada kisah tentang Nabi Sulaiman a.s dengan burung Hud Hud. Sewaktu di sekolah rendah, apa yang saya faham ialah Nabi Sulaiman boleh cakap bahasa haiwan, dan baginda memiliki seluruh kerajaan di bumi pada waktu itu.
Nabi Sulaiman juga boleh arahkan angin, jin dan air untuk ikut arahan baginda. Masa itu, memang mimpi nak jadi sangat macam Nabi Sulaiman a.s. Biasalah, otak budak-budak. Tahu seronok sahaja.
Bila dah makin dewasa ini, rupanya baru sedar dan faham, bukan itu sahaja kisahnya. Ada mesej lain, yang lebih besar ingin disampaikan oleh Allah s.w.t kepada umat manusia daripada kisah tersebut. Kisah yang sarat dengan pelbagai pengajaran dan makna tarbawi buat para daie.
Di sini, saya bukan ingin mengkisahkan kesemuanya pasal Hud Hud. Itu, anda boleh buat rujukan sendiri melalui kitab-kitab tafsir yang ada. Tak pun, bertanya kepada mereka yang tahu di sekeliling anda. Saya cuma ingin berkongsi sedikit apa yang saya fahami.
Waktu itu, Hud Hud tidak hadir di perhimpunan rakyat jelata Nabi Sulaiman a.s. Kelibat bayangnya tidak kelihatan. Akibatnya, Nabi Sulaiman a.s telah marah, hinggakan baginda a.s mengancam akan mengambil tindakan tegas terhadap Hud Hud jika di dapati benar ia bersalah kerana ponteng. Sudah pasti, semua yang hadir pada waktu itu, tertanya-tanya, ke mana la perginya Hud Hud ni.
Tapi, rupanya Hud Hud bukan sengaja tidak hadir. Hud Hud ada misi lain pada waktu itu
0 comments:
Post a Comment